Buku NotaTujuan weblog ini di buat adalah untuk mencatit segala apa yang penulis jumpa ataupun terjumpa di dunia internet ini sebagai rujukan kita bersama.

| CALENDAR | RECOMMEND | ENTRY | COMMENT | TRACKBACK | CATEGORY | ARCHIVE | LINK | PROFILE |
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | - | - | posted by スポンサードリンク
Redesign lagi web aku ni 11:18
Termasuk kali ni, sudah kali ketiga aku merekabentuk semula weblog aku ni. Aku rasa weblog aku ni jadi tempat untuk aku menguji tahap kemahiran aku di dalam seni rekabentuk web ini. Kali ini aku mendapat ilham design web aku ini daripada suratkhabar. Dan banyak lagi aku rasa yang akan aku cuba ambil apa yang ada di dalam suratkhabar di dalam menambahkan lagi keunikan weblog aku ni.
| Redesign | comments(0) | trackbacks(0) | posted by melayu
Ubah design web ni 11:16
Penulis berhajat untuk menukar sedikit rupa bentuk web ni.Tapi bukanlah rekabentuk semula secara besar-besaran cuma nak adjust sikit aje lagi.Berikut adalah apa yang penulis berhajat untuk rekabentuk balik:-

1) Tambah apa-apa icon ataupun image biar nampak ceria sikit
2) Ubah jenis tulisan biar nampak berbeza sikit

Itu aje apa yang penulis nak ubah untuk kali ni. Tapi rasanya susah jugak yang nak buat lama web yang simple tetapi nampak menarik dan senang untuk dilayari.
| Redesign | comments(0) | trackbacks(0) | posted by melayu
Redesign Process 11:13
Proses merekabentuk semula halaman web adalah satu proses yang menarik untuk dipelajari.Pelbagai kriteria yang perlu di titikberatkan didalam proses untuk merekabentuk semula halaman web itu.
Untuk kali ini penulis di dalam proses mereka bentuk semula satu halaman web kawan.Kali ini penulis hanya mereka bentuk semula dari segi struktur dan juga designnya sahaja tidak termasuk contentnya ataupun isi kandung web tersebut.Untuk kes sebegini berikut adalah antara kriteria yang perlu di perbaiki:-

1) Struktur Navigasi - Memperbaiki navigasi biar mudah di fahami dan pelawat dapat apa yang di cari dengan hanya 2 ataupun 3 kali klik sahaja

2) Layout keseluruhan - Layout yang sesuai dengan isi kandungnya.

3) Warna - Warna yang sesuai dan sedap mata memandang

4) Tulisan - Warna,saiz dan juga susunan tulisan yang mudah untuk di baca

5) CSS dan XHTML - Mengubah teknik layout daripada table based kepada css based dengan membahagikan antara struktur dan juga presentation.

6) SEO - Dengan meringkaskan ataupun membuang kod kod yang tidak perlu adalah di harapkan agar peratusan content ataupun isi kandung akan meningkat dengan ini akan memudahkan crawler bagi search engine mengindekskan halaman web.
| Redesign | comments(0) | trackbacks(0) | posted by melayu
| 1/1 |