Buku NotaTujuan weblog ini di buat adalah untuk mencatit segala apa yang penulis jumpa ataupun terjumpa di dunia internet ini sebagai rujukan kita bersama.

| CALENDAR | RECOMMEND | ENTRY | COMMENT | TRACKBACK | CATEGORY | ARCHIVE | LINK | PROFILE |
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | - | - | posted by スポンサードリンク
Amazon.com Search Engine 11:12
Amazon.com satu nama yang begitu glamor sekali di dunia internet ini.Rasanya semua orang tahu yang amazon.com ini adalah satu web yang menjual buku-buku.Hampir semua buku boleh di dapati di amazon.com ini.

Dan yang terbaru ini, amazon.com telah mengeluarkan satu lagi produk barunya.Kali ini ia mengeluarkan satu search engine yang baru iaitu a9.

Adakah a9 ini akan dapat menandingi google.com sama-sama kita tunggu dan lihat apa yang akan jadi untuk masa-masa yang akan datang ini.Penulis tadi telah cuba menggunakan a9 ini.Dan nampaknya hasil carian nya adalah lebih kurang dengan google.com.

Penulis rasa a9 ini ada banyak lagi function dan kelebihannya yang ada, penulis kalau berkesempatan ingin cuba menjelajah apa yang ada di dalamnya.

a9.com :
http://a9.com/
| Search Engine | comments(0) | trackbacks(0) | posted by melayu
Google : Satu lagi function 11:11
Penulis rasa semua pengguna internet mesti tahu google.com iaitu satu enjin pencari yang terbesar yang ada di dunia internet ini.Sejak akhir-akhir ini ramai yang menggunakan google.com utk mencari halaman web yang mengandung maklumat yang mereka kehendaki.

Selama ini penulis rasa ramai yang mengenali google.com sebagai enjin pencari.Tetapi sebenarnya google.com menawarkan pelbagai jenis tools bukan sahaja enjin pencari semata-mata.

Untuk kali ini penulis ingin menunjukkan bagaimana google boleh di gunakan untuk menukar pertukaran meter ke inch ataupun sebagainya.Di bahagian ruangan cari di google.Cuba anda taip "kilogram in ton"{Pertukaran dari kilogram kepada tan}.Dan tekan search. Selepas itu akan keluar jawapannya seperti berikut:-
1 kilogram = 0.00110231131 ton

Ya, google juga boleh digunakan sebagai calculator yang mana boleh mengira pelbagai jenis pengiraan seperti campur bahagi penukaran meter ke inch dan sebagainya.

Jom mari kita cuba pakai calculator yang ada di google.com

Google.Com:
http://www.google.com/
| Search Engine | comments(0) | trackbacks(0) | posted by melayu
| 1/1 |